Sunday, May 5, 2013

KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus yang di tawarkan di GIATMARA petaling jaya utara (GMPJU) ini adalah :
    1. CHILD CARE AND FAMILY SERVICE             -         ( 6 Bulan) 
GMPJU sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu dan pembelajaran kursus yang dianjurkan iaitu melalui strategi pembelajaran dan pengajaran serta meningkatkan nilai pengetahuan.  Ini semua semata-mata bagi menjamin mutu sijil setara dengan sijil yang dikeluarkan oleh GIATMARA dan melahirkan pelatih yang berkemahiran.

Friday, May 3, 2013

SEJARAH PENUBUHAN

GIATMARA Petaling Jaya Utara (GMPJU) merupakan sebuah institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW).  Ditubuhkan pada 15 Mac 2010 dan ditempatkan secara sementara di Petaling Jaya Selatan, Selangor.  Sepanjang tempoh tersebut GMPJU telah berkembang dan kini memiliki pusat tetap di Petaling Jaya Utara, Selangor.  GMPJU merupakan sebuah Pusat yang menjalankan kursus Child care & Family Service selama 6 bulan. Dalam tempoh 6 bulan atau lebih pelatih akan di hantar untuk menjalani Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) dan GMPJU telah berjaya melahirkan ramai tenaga mahir dan separa mahir untuk keperluan sektor industri di negeri Malaysia.